blogger sarawak

blogger sarawak logo

nama

layanzzz

22 September 2010

hang cube le lagi..

Sang ayah dan ibu sangat marah dan menyesal bila mengetahui anak perempuan mereka hamil."
Siapa si bedebah tu??!!" jerit sang ayah, sedang si ibu menangis.
"Suruh dia datang sini!" Si anak pun 'call' le mamat yang bertanggung jawab.
Setengah jam kemudian sebuah kereta Ferrari merah berhenti di depan rumah.
Seorang lelaki separuh baya keluar dari kereta, memberi salam lalu masuk ke rumah. Lelaki itu berdepan dengan mak dan ayah perempuan yang telah dihamilinya.
Dia berkata, "Saya lelaki yang telah menghamilkan anak anda. Tapi terus terang saya katakan saya tidak dapat menikahi anak anda kerana isteri saya tak memberi kebenaran.
Bagaimanapun, saya tetap bertanggung jawab atas perbuatan saya.
Sekiranya anak anda melahirkan seorang bayi perempuan saya akan wasiatkan untuknya dua buah supermarket, sebuah rumah banglo dan wang tunai RM5 juta.
Sekiranya dia melahirkan anak lelaki saya akan wasiatkan untuknya dua buah kilang, dua buah supermarket, dua buah rumah banglo dan wang tunai RM10 juta.
Tapi sekiranya anak anda keguguran apakah yang harus saya lakukan?" Sang ayah berfikir. Si ibu berhenti menangis.
Akhirnya sambil menepuk bahu lelaki itu sang ayah berkata, "Kalau camtu hang cuba le lagi."

19 September 2010

die wat hal lg..

Siapa tak ingat Wee Meng Chee atau lebih dikenali dengan nama Namewee yang pernah menghina kerajaan Malaysia dan bangsa Melayu dengan lagu Negarakuku pada tahun 2007, budak cina Muar yang semasa tu belajar di Taiwan meluahkan rasa tidak puasa hatinya kepada kerajaan Malaysia kerana tidak memberinya biasiswa. Pada isu lama beliau telah meminta maaf melalui keluarganya.

Selepas itu dia mencetus isu hangat lagi dengan membuat video menghina TNB pula selepas rumah keluarganya blackout kerana breakdown.

Pada hari Merdeka tahun ini Namewee sekali lagi menyusahkan mak bapak dia dengan membuat video menghina pula Guru Besar sekolah Kulaijaya iaitu Siti Inshah yang bersikap racist dengan mengatakan Cina balik cina dan India balik India di hadapan murid-muridnya.

Namewee yang rasanya dirinya hero dengan berani membuat video yang bertajuk Nah! yang sebenarnya ia tak habis-habis menunjukkan isyarat lucah F?ck kepada Siti Inshah dan KPN kerana duduk diam tidak ambil tindakan ke atas Siti Inshah. Namewee juga dengan bangga mengatakan bangsa Cina yang membuatkan Malaysia kaya dan juga menghina orang berpuasa.

Isu Racist ini memang tidak boleh dibiarkan, PDRM harus menyiasat kes-kes racist seperti ini supaya tidak semakin menjadi-jadi. Siasat Cikgu Siti Inshah juga Namewee ini. Cikgu Siti Inshah hanya mengatakan kepada sekumpulan kecil sahaja tetapi Namewee ini menghina secara terang-terang!

Senangnya nak memaki orang, lepas ni ada orang yang membuat video kerana tak puas hati dengan tauke bengkel kereta yang cajnya mahal sangat. Lepas tu ada video yang memaki tauke kedai perabut kerana perabut yang dijual tak lasak, ada yang membuat video memaki tauke kedai durian kerana menjual durian yang belum masak.

Sebagusnya Namewee ni disumbatkan ke dalam penjara atas akta ISA kerana boleh menimbulkan keresahan rakyat. Jika tidak, tidak hairanlah kalau tahun depan budak Namewee rapper yang gila glamour ni akan muncul dengan video yang mengf*?k orang lain pula.

18 September 2010

jual bayi???

Di pagi hari yang nyaman,dua orang sudah lanjut usianya duduk berehat-rehat. Pak Abu dan Pak Majid namanya. Yang Pak Abu membaca surat khabar manakala Pak Majid hanya duduk termenung jauh sambil hisap rokok daun.

Pak Abu: Majid, engkau tengoklah berita hari ini. Ada orang sanggup jual anaknya.
Pak Majid: Hmmmmm. Jawab Pak Majib macam acuh tak acuh je.
Pak Abu: Kot pun terdesak nak duit janganlah jual anak. Banyak lagi cara nak dapat duit. Kerja kat pam minyak ke, jual kacang putih ke, jual surat khabar ke. Betul tak Majid...?
Pak Majid:Hmmmmmmm... Sambil mengembus asap rokok daunnya keluar melalui hidungnya...
Pak Abu: Kau ni kenapa Majid? Takkan berita ini kau tak ambil peduli ke? Ini melibatkan kemanusiaan tahu. Binatang pun tahu nak jaga anaknya.
Pak Majid: Hmmmm....Nilah aku nak bagitau engkau. Kalaulah aku masa muda-muda dulu..Aku jual je anak-anakku tu..
Pak Abu: Hah??? Engkau biar betul Majid!
Pak Majid: Hoii.. Engkau sedar tak sekarang ni berada di mana? Sedarlah Abu....Kita sekarang di RUMAH ORANG TUA. Kalaulah aku tahu perangai anak-anak aku tu macam nilah, dah lama dah aku jual budak-budak tu!
Pak Abu: HEHEHEHEHE....

izinkan..

Akhirnya Pak Ali yang sudah tua dimasukkan anak-anaknya ke rumah orang-orang tua. Baru saja dia masuk ke sana, seorang jururawat yang ayu sudah datang menemaninya duduk-duduk di anjung.

Begitulah, mereka berdua duduk bersebelahan sambil menatap matahari yang hendak terbenam. Tiba-tiba Pak Ali mencondongkan badannya ke kanan.

Si Jururawat dengan cekap menangkapnya agar tidak terjatuh dan menegakkan badannya kembali.

Beberapa saat kemudian kembali Pak Ali mencondongkan badannya, kali ini ke kiri. Kembali dengan tangkas si jururawat menegakkannya kembali. Begitulah terjadi selama beberapa menit.

Akhirnya si jururawat membawa Pak Ali kembali ke biliknya.

Keesokan harinya anaknya datang melawat.

“Bagaimana keadaan ayah di sini?” tanya anaknya.

“Menyenangkan . Tilamnya empuk, makanannya enak, jururawatnya manis-manis. Tapi ada satu masalah”

“Masalah apa ayah?”

“Mereka tidak mengizinkan ayah kentut di sini”

15 September 2010

aku kembali..

i'm back...
rindu nk menulis blog lg..
lama jgk aku menyepi...
bkn mlz nk tulis tp aku cuti... blek kpg da..
hahahaha..
pas nie salu la aku update blog aku yg tersayang nie...

01 September 2010

cerita misteri..

Satu hari di waktu senja ada seorang budak melalui rumah Sokri budak itu
adalah Umar pencerita kisah ini. Umar terdengar seseorang sedang
bercakap dalam bahasa yang agak pelik dan tidak pernah didengarinya
sebelum ini.

Umar cuba mengintai dari celah lubang dinding yang agak usang. Beliau
melihat Sokri bercakap mengadap sekeping cermin. Oleh kerana lubang tersebut agak kecil Umar tidak nampak keseluruhan cermin tersebut. Umar cuba mencari lubang yang agak besar. Akhirnya dia menjumpai lubang yang lebih besar. Melalui lubang tersebut, Umar dapat melihat bayangan pada cermin tersebut bukanlah Sokri tetapi sekujur tubuh yang sungguh ngeri wajahnya.

Matanya kelihatan tersembul dan pipinya kelihatan berlubang. Tubuh makhluk
itu dibaluti oleh kain putih yang berwarna coklat seperti warna tanah.
Tiba-tiba Umar melihat mahkluk itu seperti memandang kearahnya. Bulu romanya meremang. Tanpa membuang masa Umar terus melarikan diri.

Sampai saja di rumah Umar terus menemui bapanya dan menceritakan
kepada bapanya. Bapanya sekadar tersenyum seraya memberitahu ramai orang kampung sudah lama mengetahui perihal Sokri. Bapanya mengatakan bahawa Sokri menggunakan hantu peliharaannya untuk merasuk orang dan apabila orang tersebut sakit beliau akan datang dan mengubati orang tersebut.

Dengan cara ini beliau akan lebih mendapat duit dan orang kampung akan
menghormatinya. Mereka hanya menunggu masa untuk membuktikan pada orang kampung.

Pada malam tersebut Umar berasa seperti tidak sedap badan, tubuhya
seperti merasa lemah. Mungkin kerana terkejutkan peristiwa yang dilihatnya
tadi membuatkan dia rasa begitu. Selepas makan malam, Umar terus masuk
tidur. Apabila dia cuba hendak melelapkan mata dia terbau seperti bau
bangkai di dalam biliknya. Dia cuba membuka matanya tetapi kelopak
matanya berasa amat berat sekali.

Umar cuba menjerit untuk memanggil bapanya tapi suara tersekat
dikerongkong sahaja. Dia cuba membaca ayat suci yang diingatinya.
Akhirnya beliau berjaya juga menjerit memanggil bapanya, Sebelum jatuh pengsan.

Apabila Umar membuka matanya didapati rumahnya penuh dengan orang dan
mendengar orang menyebut nama Sokri. Dia memandang ke arah bapanya yang sedang menghampirinya sambil tersenyum dan meminta dirinya supaya
bertenang kerana segalanya telah berakhir. Dia kembali terlelap.

Pagi besoknya apabila dia tersedar Umar melihat bapanya berjalan
diiringi ibunya dengan pakaian seperti orang ingin ke masjid. Dia bertanya
bapanya apa yang berlaku. Bapanya menyuruh Umar bersiap2 utk pergi menziarahi kubur Sokri. Umar terkejut mendengarnya dan penuh dengan persoalan bermain dibenaknya sambil mengorak langkah kebilik mandi.

Sesampainya di tanah perkuburan Umar melihat orang sedang menggali
kubur. Tiba-tiba dia tedengar orang didalam lubang bertempik apa ni!!! Umar
berlari untuk melihat dengan lebih dekat tetapi dihalang oleh bapanya.
Umar melihat beberapa orang dewasa seperti mengangkat sesuatu yang
berat dari lubang tersebut.

Sebaik sahaja objek tersebut berjaya dikeluarkan dari lubang tersebut,
Mereka semua terpegun melihat sekujur bentuk tubuh seperti seekor anak gajah di dalam kubur Tadi, setelah diteliti maka sahlah sebenarnya didalam kubur yang akan disemadikan jenazah Si Sokri tadi terdapatnya……

SEKETUL UBI GAJAH yang sangat besar. Jadi sesiapa yang ingin beli UBI tersebut bolehlah menghubungi Umar di talian bebas tol :
1-800-88-88-88

Kerepek Ubi Pedas - RM 2.00 sebungkus
Kerepek Ubi Masin - RM 2.30 sebungkus
Kerepek Ubi - RM 1.50 sebungkus
Kerepek Ubi Mentah - RM 0.50 sebungkus

Penghantaran akan dibuat kepada kawasan di Lembah Kelang sahaja. Cukai
perkhidmatan sebanyak 2% akan dikenakan. UBI …… UBI… SAPER NAK
BELI UBIIIII..

Related Posts with Thumbnails