blogger sarawak

blogger sarawak logo

nama

layanzzz

23 April 2010

Ada Ape Encik?

Seorang penjual roti di langgar sebuah bas. Akibatnya, dia tercampak dari

motor rotinya dan masuk ke dalam longkang..

Sementara itu rotinya bertaburan di atas jalan..

Sambil menyapu darah yang mengalir dari kepalanya.. dia terus merintih kesakitan.

Tak lama kemudian datanglah pihak polis menghampirinya dan bertanya..

"Ada apa encik..? Ada apa ?"

Dengan suara yang perlahan dan dengan merintih kesakitan.. penjual roti itu berkata,

"Adaaaaaa rotii kejuuuuuuu ... Adaaaaaa rotii coklaaaattt ..."

21 April 2010

hebat x?????

Pertandingan senjata tajam peringkat dunia.

Dalam satu pertandingan senjata tajam dunia, tiga orang peserta berjaya ke peringkat akhir.
Jaguh pedang dari Sepanyol, samurai Jepun dan pendekar silat dari Malaysia.

Di peringkat akhir, semua peserta di kehendaki menunjukkan kemampuan membunuh seekor
lalat dengan menggunakan sebilah pedang.

Kotak lalat dibuka, seekor lalat terbang dengan lincahnya, sang jaguh pedang dari Sepanyol
menghunuskan senjata dan mengibasnya dengan pantas. Tubuh lalat itu terpotong dua. Penonton bersorak mengkaguminya.

Giliran samurai Jepun menghunuskan senjatanya. Kepantasan samurai Jepun memang tiada tandingan, dengan secepat kilat tubuh lalat kedua terbahagi tiga. Penonton berdiri bertepuk tangan memuji sang samurai.

Kini giliran pendekar silat dari Malaysia. Segera ia menghunus pedangnya, mengibas ke kiri dan kekanan. Lalat ketiga masih terbang di udara, tetapi 'penerbangan'nya agak berbeza. Juri dan penonton yang semenjak tadi menahan nafas terpaku dan kehairannan melihatkan lalat tersebut masih utuh dan terbang.

Melihat reaksi demikian, sang pendekar segera berkata, "Tuan-tuan jangan salah sangka, lalat tu baru saja saya sunatkan".

16 April 2010

sHitttttt punya pengadil...

Pengadil 'sokong' Chelsea?

COYLE meminta penjelasan pegawai perlawanan ketika tewas 0-1 kepada Chelsea di Stamford Bridge awal pagi semalam.

LONDON - Pengadil cuba membantu Chelsea untuk menjuarai Liga Perdana England.

Itu dakwaan pengurus Bolton Wanderers, Owen Coyle terhadap pengadil perlawanan, setelah pasukannya dinafikan dua sepakan penalti ketika mereka tewas 0-1 kepada Chelsea awal pagi semalam.

Coyle mendakwa penyerang Chelsea, Didier Drogba menggunakan tangan untuk menahan bola manakala kapten The Blues, John Terry pula menghalang bola menggunakan lengannya.

"Ketika ini, Chelsea memiliki kelebihan empat mata (selaku pendahulu liga). Jika mereka terus diberi layanan sebegini, saya pasti Chelsea akan muncul juara musim ini.

"Kami pula langsung tidak bernasib baik. Kami hanya mahukan pegawai perlawanan membuat keputusan penting dengan tepat. Jelas terdapat dua kesalahan menggunakan tangan yang sepatutnya diberikan penalti.

"Saya tahu Drogba merupakan pemain kelas dunia tetapi terbukti dia juga boleh menjadi pemain bola tampar kelas dunia.

"Kemudian, Terry pula terkena tangan tetapi penjaga garisan mengatakan ia terkena bahunya. Memang jelas ia sepatutnya penalti. Mungkin jika penalti diberi, kami boleh memperoleh mata," kata Coyle.

Pengurus Chelsea, Carlo Ancelotti bagaimanapun berkata: "Bukan kerja saya untuk menilai keputusan pengadil (Lee Probert). Kadangkala kamu akan bernasib baik, kadangkala keputusan menjadi sebaliknya. - Agensi

12 April 2010

ingat2lah.. dan selamat beramal...

Manusia - Eh, dah subuh dah?
Malaikat - bangunlah wahai anak Adam, tunaikan solat subuh mu .....
Syaitan - Alahhhhhh, kejaplah, ngantuk ini...awal lagi nie?.zzzzzzzz

Manusia - Nak makan, laparlah ??
Malaikat - Wahai Anak Adam, mulakanlah dengan Bismillah... ..
Syaitan - Ahh, tak payahla... dah lapar ini !! mmm..sedapnyaaaa? .....

Manusia - Hari ni nak pakai apa ye?
Malaikat - Wahai anak Adam, pakailah pakaian yang menutup aurat..
Syaitan - Ehh, panaslah, takde style langsung, nampak kampung!!!

Manusia - Alamak, dah lewat!
Malaikat - Bersegeralah wahai manusia , nanti terlewat ke pejabat..
Syaitan - Ahhh?awal lagi?mmm..aaahh? suruh si X, punchkanlah?

Manusia - Azan sudah kedengaran.. .....
Malaikat - Wahai anak Adam, bersegeralah menunaikan kewajipan
Syaitan - Baru pukul berapa.. rilex lah..awal lagi nieii?.

Manusia - Eh, eh... tak boleh tengok ini, berdosa...
Malaikat - Wahai anak Adam, alihkanlah pandanganmu, sesungguhnya Allah Maha Melihat dan mengetahui !
Syaitan - Perggghh... best tu... . rugi ooo kalau tak tengok nie..

Manusia - Saudaraku sedang melakukan dosa
Malaikat - Wahai anak Adam, cegahla ia..
Syaitan - Apa kau sibuk? Jangan jaga tepi kain orang, lantaklahh? ...

Manusia - Elok kalau aku sampaikan nasihat ini kepada orang lain
Malaikat - Wahai anak Adam, nasihat-menasihatil ah sesama kamu..
Syaitan - Sendiri pikirlah, semua dah besar, buat apa susah2... pandai2lah?

Manusia - aku telah berdosa..
Malaikat - Wahai anak Adam, bertaubatlah kamu,sesungguhnya Allah Maha Pengampun. .
Syaitan - Tangguhlah dulu, lain kali boleh bertaubat... lagipun muda hanya sekali....rugila. ...... (kalau sempatla)

Manusia - Kalau pergi, mesti seronok!
Malaikat - Wahai anak Adam, kakimu ingin melangkah ke jalan yang dimurkai Allah, berpalinglah dari jalan itu .....
Syaitan - Jangan bimbang, tiada sesiapa yang tahu...Jomlahhh?

Manusia - Uuhhh?letihnya arini..tak solat lagi nieee?.
Malaikat - Wahai anak Adam, taatilah Allah dan RasulNYA, kebahagiaan di dunia dan akhirat untukmu. Solat itu wajib bagimu...
Syaitan - Hey anak Adam, ikutilah aku,kebahagiaan di dunia (sahaja) dan kebahagiaan diakhirat (jangan mimpilah!) untukmu....

Sekarang anda mempunyai 3 pilihan :
1. Anda - Patutke aku biarkan E-mail ini tetap dalam mailbox aku.
2. Malaikat - Ingatkan pada kawan yang anda kenal (Forward E-mail ini)
3. Syaitan - Tak payahlah sebuk2

01 April 2010

Berita Tergempar...

Shah Alam: suatu kejadian pembunuhan empat adik beradik yang paling dasyat telah berlaku. kejadian ini berlaku di sebuah taman perumahan yang agak baru di seksyen U12.  Kejadian ini berlaku kira-kira jam 6.27 pagi tadi. Pihak polis sedang menyiasat modesoperandi pembunuhan tersebut. Mangsa-mangsa dikenali sebagai cirit, sembelit, birit dan coroi. Menurut saksi kejadian Poceng (atuk kepada mangsa), pembunuh (seekor kucing jantan yg berwarna itam) tersebut memasuki rumah pada awal pagi tersebut dan terus membunuh mangsa dengan kejam. Mangsa-mangsa tersebut dijumpai mati berlumuran darah dan didapati mati di tempat kejadian. Mayat-mayat mangsa telah selamat dikebumikan ditanah perkuburan belakang rumah no9. Pihak polis sedang berusaha menjejaki pembunuh tersebut dan sekiranya pembunuh tersebut dapat diberkas, pihak polis akan menghukum dengan hukuman yang berat.


gambar mangsa pembunuhan kejam



ibu mangsa sedang meratap kematian anaknya...


Related Posts with Thumbnails