blogger sarawak

blogger sarawak logo

nama

layanzzz

17 June 2010

Kisah kehidupan berumahtangga...

Sepasang suami isteri yang sedang di landa masalah rumahtangga mengambil sikap berdiam diri tanpa mencari jalan penyelasaian untuk faedah bersama-sama. Masing-masing bersikap tunggu dan lihat siapa yang akan beralah. Bila perkara begini terjadi, tentunya kemesraan akan hilang. Masing-masing membuat hal sendiri.

Suatu hari, si suami perlu bangun awal untuk menghadiri satu mesyuarat penting di luar kawasan. Selalunya, isterinya akan kejutkannya awal, tetapi kali ini si suami mati akal. Nak bercakap dia rasa berat sebab dia tak mahu egonya terjejas.

Akhirnya dia dapat satu idea, dia pun menulis nota ringkas yang berbunyi "Tolong kejutkan saya pukul 5:30 pagi kerana saya ada urusan di luar kawasan" dan meletakkannya di sisi isterinya yang ketika itu sedang tidur. Oleh kerana yakin dia akan dikejutkan, diapun melelapkan mata dengan tenang.

Keeseokannya, sedar-sedar jam dah menunjukkan pukul 9:30 pagi. Si suami tadi mengelabah dan sedikit geram kerana isterinya tidak kejutkan.

Tiba-tiba dia terpandang satu nota di atas bantal yang ditulis oleh isterinya yang berbunyi, "Bang, bangun bang. Dah pukul 5:30 pagi. nanti lambat pula ke kerja".

Si suami tadi mengeleng dan tersenyum sinis.
Barulah dia sedar kesilapan yang telah dia lakukan akhirnya membawa padah.

No comments:

Related Posts with Thumbnails