blogger sarawak

blogger sarawak logo

nama

layanzzz

29 July 2010

Salwa oh Salwa..

Salwa baru saja memulakan pekerjaan barunya sebagai seorang guru kaunseling di sebuah sekolah.

Dia sangat bersemangat untuk memberikan nasihat kepada pelajar2 di sekolah itu.

Pada masa rehat.. dia melihat seorang pelajar yang tengah berdiri seorang diri hujung padang sedangkan kawan-kawangnya yang lain asyik bermain di tengah-tengah padang mengejar bola antara satu sama lain.

Salwa cuba mendekati pelajar itu dan bertanya apakah dia ada masalah… Pelajar itu menjawab bahawa keadaannya baik saja.

Mendengar jawapan itu Salwa lalu meninggalkannya.

Beberapa minit kemudian Salwa memerhatikan lagi pelajar itu masih sendirian di tempat yang sama. Salwa kini yakin bahawa pelajar ini sebenarnya mempunyai masalah.

Lalu sekali lagi Salwa mendekati pelajar itu dan berkata penuh kelembutan…

“Apakah kamu mahu kalau saya menemanimu?”

Pelajar itu menjawab..

“Okey.. boleh saja…!”

Merasa bahawa pendekatannya berhasil Salwa bertanya lagi..

“Kenapa kamu berdiri seorang diri di sini?”

“Kerana …” jawab pelajar itu dengan penuh kehairanan…

“… Saya adalah penjaga gol!”

Ali oh Ali..

Al-kisah…..adalah satu kampung ni..nama kampung ni kampung pinang 18 batang. Kat kampung ni orang ramai idup aman dan bahagia. Dalam kampung yang aman ni..adala sorang laki ni. Nama dia Ali (nama sebenar). Ali ni orang gila kat kampung ni. So..ramai la yang pandang slag kat dia. Ramai la yang suka memainkan dia.. nak dijadikan cerita…

Pada suatu hari..si Ali ni gi la masjid nak semayang jumaat…ey..ni educated nyer orang gila tau..semayang tak tinggal. Contohilah dia ni. Sedangkan orang gila pun semayang…korang yang siuman ni pun semayang la gak ek.. ok….sambung citer. Lepas si Ali ni semayang jumaat, dia nak balik la kan . So..masa dia nak balik tu tetiba dia tengok selipar jepun kesayangannye dah takdek. Aper lagi…mengamukla dia…

Tanpa segan silu dia pun pegi la dekat mikrofon masjid tu lalu dia pun berkata: “kepada sesiapa yang mencuri selipar aku, baik ko pulang cepat!!!!!!!…” Semua orang menjadi takut..ye la..orang gila kan ..memacam dia buleh buat. Buatnya dia tetak anak bini orang…..kang..ha..naya.. Diulang sekali lagi…”kepada sesiapa yang curik selipar kesayangan aku tu..baik ko pulang cepat. Kalau tak aku akan buat seperti mana ayah aku buat!!!” lalu orang yang curik tu pun pulang la balik. “lek la bang.. gurau jek”….

Tapi Ali memandang nyer dgn muka yang serius..muka macam nak makan orang gitu…

Haa…lalu budak yang curi selipar dia tu pun blah tanpa memandang ke arah Ali.. takut la tue… lalu tok imam pun menegur Ali dan bertanya “kalau dia tak pulang apa yang akan kamu lakukan..?? apa yang ayah kamu lakukan..??” dengan suara dan wajah yang slamber….Ali pun berkata “saya balik kaki ayam la tok….”

28 July 2010

loghat mane lebih logik???

Timbul persoalan, loghat daerah manakah yang lebih munasabah di antara loghat utara dengan
loghat pantai timur?

Jawapannya: Loghat pantai timur (Kelate) adalah munasabah. Kenapa? Ikuti senario berikut:

Bahasa Melayu standard:
"Dia pergi ke rumah jiran untuk mencari emaknya tetapi setelah sampai di situ didapati emaknya tiada."

Loghat Utara (kedah):
"Dia pi ghumah jiran nak caghi mak dia, pi pi mak dia tak dak".

Loghat Pantai Timur (kelate):
"Dio gi ghumoh jire nok caghi mek dio, gi gi mek dio tak dok."

KESIMPULAN: Tidak mungkin pipi emaknya tiada; tetapi kalau gigi maknya tidak ada memang munasabahlah!

26 July 2010

Mencintai dalam hening....


cubalah merenung sejenak dan fikirkan dgn tenang..
Kita percaya takdir bukan?
Kita tahu dengan sangat jelas...
Dia, Allah telah mengatur segalanya dengan begitu rapinya?
Jadi, apa yang kau risaukan?
Biarkan Allah yg mengaturnya,
Dan yakinlah di tangan-Nya semua akan baik-baik saja..


Cubalah renungkan...
Dia yang kau cinta, belum tentu atau mungkin tak akan pernah menjadi milikmu..
Dia yang kau puja, yang kau ingat saat siang dan yang kau tangisi ketika malam,
Akankah dia yang telah Allah takdirkan denganmu?


Maka cintailah dlm hening.
Agar jika memang bukan dia yg ditakdirkan untukmu,
Maka cukuplah Allah dan kau yg tahu segala rasamu...


Jujurlah...jgn ada dusta


JUJURLAH ...

KeJUJURan itu adalah suatu keharusan.
Rasulullah shalallahu 'alaihi wa sallam menegaskan, “Berlaku JUJURlah, karana sesungguhnya keJUJURan itu menuntun kepada kebaikan, dan sesungguhnya keJUJURan itu menuntun ke SURGA. Dan jauhilah DUSTA, karana dusta itu menyeret kepada DOSA dan keMUNGKARan, dan sesungguhnya dosa itu menuntun ke NERAKA.” (HR Bukhari).

“Wahai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah, dan hendaklah kamu bersama orang-orang yang JUJUR.” (At-Taubah: 119)

“Jikalau mereka JUJUR (imannya) kepada Allah, nescaya yang demikian itu lebih baik bagi mereka.” (Muhammad: 21)


JANGAN ADA DUSTA...

Dan menDUSTAkan itu semua... akan menyesatkan, merendahkan diri dan berakhir dengan kebinasaan.

"Dan bacakanlah kepada mereka berita orang yang telah Kamiberikan kepadanya ayat-ayat Kami (pengetahuan tentang isi Al Kitab),kemudian dia melepaskan diri daripada ayat-ayat itu, lalu dia diikuti oleh syaitan (sampai dia tergoda) maka jadilah dia termasuk orang-orang yang sesat.

Dan kalau Kami menghendaki, sesungguhnya Kami tinggikan (darjat)nya dengan ayat-ayat itu, tetapi dia cenderung kepada dunia dan menurutkan hawa nafsunya yang rendah, maka perumpamaannya seperti anjing jika kamu menghalaunya diulurkan lidahnya dan jika kamu membiarkannya dia mengulurkan lidahnya (juga). Demikian itulah perumpamaan orang-orang yang menDUSTAkan ayat-ayat Kami. Maka ceritakanlah (kepada mereka) kisah-kisah itu agar mereka berpikir.

Amat buruklah perumpamaan orang-orang yang menDUSTAkan ayat-ayat Kami dan kepada diri mereka sendirilah mereka berbuat zalim.

Barangsiapa yang diberi petunjuk oleh Allah, maka dialah yang mendapat petunjuk dan barangsiapa yang disesatkan Allah, maka merekalah orang-orang yang rugi." (Al A'raf : 175-178)

“Sesungguhnya orang-orang yang menDUSTAkan ayat-ayat Kami dan menyombongkan diri terhadapnya, sekali-kali tidak akan dibukakan pintu-pintu langit (ampunan) dan mereka tidak (pula) masuk syurga, hingga unta masuk ke lobang jarum (hal yg tidak mungkin). Demikianlah Kami membalas orang-orang yang berbuat kejahatan.” (Qs. al-A’raaf [7]:40).

jwb jgn x jwb..

Di bawah ada (4 ) soalan dan satu soalan bonus. Anda perlu menjawab dengan pantas. Anda tidak boleh mengambil masa, perlu menjawabnya segera. OK?


Mari cuba, lihat sendiri berapa pantas dan hebatnya diri anda.....



Ready? GO!!! (lihat bawah)
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Soalan Pertama:

Anda menyertai perlumbaan. Anda mengejar dan memotong orang yang kedua. Sekarang Anda ditempat yang ke berapa?





~~~~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Jawapan: Jika jawapan anda tempat yang pertama, sudah tentu jawapan anda salah! Jika anda memotong orang kedua sudah tentu anda mengambil tempatnya, tempat kedua!

Cuba jangan lihat atas semula untuk soalan seterus. Sekarang jawab soalan kedua, tetapi jangan ambil terlalu banyak masa seperti soalan pertama OK ?




Soalan Kedua:

Jika anda memotong tempat orang yang terakhir, jadi anda di tempat...? (lihat bawah)



~~~~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Jawapan: Jika jawapan anda tempat kedua terakhir, anda salah lagi.. siapakah yang terakhir, bagaimana anda boleh memotong orang yang terakhir?


Adakah anda pantas dan cerdek, tidak begitu rupanya.?






Soalan Ketiga:

Soalan kira-kira bermuslihat! Perhatian: Ini mesti dilakukan menggunakan fikiran sahaja . Jangan guna kertas dan pensil atau mesin kira-kira. Cuba lah...



Ambil 1000 dan campur 40. Sekarang campur lagi 1000. Campur lagi 30 .... Campur lagi 1000 . Campur lagi 20... Campur lagi 1000 . Campur lagi 10..... Berapa kah jumlah semua?


Lihat bawah untuk ...jawapan.. ..

~~~~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~~~~~~~~~~
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Adakah jawapan anda 5000 ?

Jawapan sebanar adalah 4100.



Jika anda tak percaya gunakan mesen kira-kira.! Mungkin ini bukan hari anda kan ? Mungkin anda boleh jawab soalan yang akhir ini dengan betul ... Cuba .



Soalan keempat:

Bapa Mary ada seramai lima orang anak gadis: 1. Nana, 2. Nene, 3. Nini, 4. Nono. Apakah nama anak gadisnya yang terakhir?


~~~~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Adakah jawapan anda Nunu? Salah! sudah tentu Salah.
Namanya Mary. Baca semula soalan!



Okay, cuba jawab soalan bonus:

Sorang bisu pergi ke mini-market untuk membeli sebatang berus gigi. Dengan mengayakan lakunan memberus gigi ia berjaya menerangkan hasratnya kepada pekedai dan ia berjaya membeli berus gigi itu.

Seterusnya, seorang buta pergi ke mini-market, untuk membeli cermin mata hitam, bagaimaa dia menerangkan kepada pekedai itu hasratnya. ...?

~~~~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Dia hanya membuka mulutnya dan menyebut apa yang dihajati

Mudah sahaja.



HANTARKAN KEPADA BIJAK PANDAI YANG LAIN ATAU KEPADA YANG MERASAKAN DIRI MEREKA BIJAK.

25 July 2010

wedding II

.:hye readers:.
ujung mggu nie td aku g kenduri kawen..
aku g bkn nk mkn free k..
aku g sb nk tangkap gmbr..
aku g ngan atan athen n fairuz
kat bwh nie hasil yg aku dpt.. hehehehe
pa2 pon enjoy k..













Hornbill Festival

.:hye readers:.
smlm aku, kassim, poceng n atan g satu event...
event tu berlangsung kat MTC (Malaysia tourism centre)...
byk pic yg aku ambik kat ctu...
korg tgk la sndiri..
sbnrnya byk lg pic tp nie pon dh cukup byk dh...
kalo la aku upload sume pic2 tu, mayb smpai taun dpn pon xcyap2..
hehehehehe..
pa2 pon.. korg tgk la sndri k..














23 July 2010

Lailatul Qadar

.:hye readers:.
korg mst tau kn aper tu Lailatul Qadar??
saper2 yg kuat beribdah d bulan puasa je mungkin jmp mlm tu..
aku da satu crita nk kongsi ngan korg ttg mlm Lailatul Qadar nie..
pa2 pon, korg bce jer la k kat bwh nie..



“Lepas basuh pinggan, ikut Abah pergi masjid,” kata Abah separuh
memerintah.

Aku memandang kepada Emak. Emak angguk sahaja. Maksudnya emak mahu aku ikut
Abah solat subuh ke masjid. Jangan melawan.

Nampaknya, aku kena batalkan niat untuk sambung tarik gebar selepas kenyang
bersahur.

Aku bonceng di belakang. Kami tidak pakai helmet. Kopiah sahaja.

Ganjil. Dalam cahaya suram menjelang subuh, aku lihat kubah masjid berada
di tanah. Bukan di bumbung masjid. Ajaib.

Abah macam tidak nampak keganjilan itu. Aku cuit bahu dia dan tunjukkan ke
arah kubah yang berada di tanah. Mungkin kubah itu tengah sujud fikir aku.

“Kenapa?” tanya Abah.

“Lailatuqadar,” kata aku dengan jari masih menunjuk kepada kubah.

“Kepala otak engkau. Berapa lama engkau tak ke masjid?”

Tidak pasal-pasal aku kena marah. Rosak pengalaman suci aku ini.

“Diorang tengah renovate masjid la. Bumbung masjid bocor.. pasal tu kubah
tu dorg angkat letak kat tanah..Bodoh,” sambung Abah sambil marah2 lagi. Huhuhu

P/s :- Kesimpulannya… rajin rajinla pegi ke masjid.. sebelum terlambat!!

alahai rumah apartment..

Ada tiga orang sahabat si A, si B dan si C, yang tinggal serumah di sebuah apartment setinggi 60 tingkat. Pada suatu petang setelah tamat bertugas mereka ini telah kembali dari bertugas untuk pulang ke rumah.

Dilihatnya ramai orang sedang berkerumun di depan lif. Rupanya bekalan elektrik terputus dan lif tidak berfungsi….

si A : Macamana ni…rumah kita lak atas sekali?

si B : Aduhhhh…bikin bingung kepala, nak panjat tangga larat ke..?

si C : Aku rasa baik kita panjat tangga aje…kita pun tak tahu bila agaknya elektrik ada balik

si A : Aku ada satu idea, kita panjat tangga sambil bercerita, tapi kita kena bercerita yang sedih aje, sebab kalau kita buat cerita lawak…kita akan terasa sesak nafas sebab kita ketawa…biar kita serius dengar cerita.

Mereka pun bersetuju, so mereka mulalah melangkah kaki memanjat tangga untuk ke tingkat 60.

si A mula bercerita….

si A : Aku masa kecil punyalah sedih dalam sejarah hidupku…aku membesar
tanpa bapa, bapaku meninggal semasa aku dalam kandungan, dari kecil aku….bla bla bla bla bla…..Punya la sedih mereka mendengar cerita si A hingga meleleh leleh…sedar tak sedar mereka dah
sampai kat tingkat 20.

Mereka berhenti sekejap bukannya kerana penat tapi berhenti untuk lap air mata…kemudian mereka kembali memanjat sambil si B pula bercerita….

si B : Sejarah hidup aku lagi sedih, semasa umur aku 5 tahun kedua ibu
bapaku meninggal dalam kemalangan jalanraya…aku dibesarkan oleh abang sulung ku saja yang pada tu berumur 15 tahun. Abang sulung ku tak bersekolah dan dia bekerja untuk menyara aku adik
beradik seramai 4 orang… bla bla bla bla……

Sekali lagi mereka bertiga meleleh sedih….punyalah lama cerita si B dengan tak sedar mereka dah sampai ke tingkat 55. Hanya 5 tingkat aje lagi… sambil melangkah memanjat tangga yang ketingkat 56, si C mula menyampuk

si C : Alaaaaaa…korang punya cerita tak sedih lagi…cerita aku lagi
sedihhhh punya.

si A : kau ada sejarah hidup sedih juga ke…?

si C : emmmm…mungkin hari ini dalam sejarah…

si B : cerita aje le…kita dah tinggal 4 tingkat je lagi

si C : aku sedih kerana…KUNCI RUMAH KITA AKU TERTINGGAL DALAM KERETA….
UWAAAAAAAAAAAAAAA

22 July 2010

='(


"air mata ini xkn jatuh sekiranya hatinya x disakiti"
itulah ungkapan yg aku ingat wkt nie...

aku hapy aku ketawa...
tp bila
aku sdih aku menanggis..
kalaulah aku tau dari mula..
aku xkn sdih mcm nie...
inikah yang aku dpt???
inikah balasan???

20 July 2010

kenapa x rogol sy???

.:hye readers:.
ari nie aku nk kongsi sesuatu...
mayb da sebahagian daripada korg dh bca,
tp pada yg blom bce... mst bce k...
bnda nie aku jmp kat fb.. da kwn aku yg post...
aku tertarik sgt...
kat cnie kte dpt tahu yg ALLAH S.W.T tu Maha Berkuasa...
aku harap crita nie akan jd pedoman kepada sume...
pa2 pon.. bce la k..
bye2..

**************************************************************************


Kisah benar ini berlaku di US.

Ia tentang seorang wanita dari Malaysia yang bekerja di US. Dia memakai tudung dan memiliki akhlak yang bagus.

Suatu malam perempuan ini dalam perjalanan balik ke rumah dari tempat kerjanya. Kebetulan dia mengambil jalan singkat untuk pulang. Jalan yang diambil pula agak tersorok dan tidak banyak orang yang lalu lalang pada masa itu.

Disebabkan hari yang agak sudah lewat, berjalan di jalan yang agak gelap sebegitu membuatkan dia agak gelisah dan rasa takut. Lebih-lebih lagi dia berjalan bersaorangan.

Tiba-tiba dia nampak ada seorang lelaki (kulit putih Amerika) bersandar di dinding di tepi lorong itu. Dia sudah mula rasa takut dan tak sedap hati. Apa yang dia boleh buat waktu tu adalah berdoa ke hadrat Allah memohon keselamatan atas dirinya. Dia baca ayat Kursi dengan penuh pengharapan agar Allah membantu dia disaat itu.

Masa dia melepasi tempat lelaki itu bersandar, dia sempat menoleh dan dapat mengecam muka lelaki itu. Nasib baik lelaki itu buat tidak endah dan perempuan ini selamat sampai ke rumahnya.

Keesokkan paginya, wanita ini terbaca dalam akhbar yang seorang perempuan telah dirogol oleh seorang lelaki yang tidak dikenali dekat lorong yang dia jalan semalam hanya 10 minit selepas dia melintasi lorong tersebut. Muslimah ini yakin benar lelaki kulit putih yang dia lihat semalam adalah perogol itu.

Atas rasa tanggungjawab dia terus ke balai polis dan buat aduan. Wanita ni dapat mengenalpasti suspek melalui kawad cam dan selepas siasatan dilakukan, polis dapat bukti bahawa lelaki tersebut adalah perogol yang dicari.

Tapi perempuan ini hairan juga kenapa lelaki tadi tak jadikan dia mangsa ketika dia melalui lorong tersebut walhal dia keseorangan di masa tu, tetapi lelaki tadi rogol perempuan yang lalu selepas dia. Wanita ini nak tahu sangat sebabnya. Jadi dia minta kebenaran polis untuk bercakap dengan perogol tadi sebelum hukuman dijatuhkan (sebelum lelaki tadi di bawa ke tempat lain).

Dia pun tanya perogol itu..


“Why don’t you do anything to me on that night even though you know that I’m alone?”
(Kenapa awak tak buat apa-apa kat saya malam tu walaupun awak tau saya seorang je masa tu?)

Perogol tu jawab:

“No, you are not alone. That night I saw two young man walking with you. One on your right side and the other one was by your left side. If you were alone of course you will be my victim.”
(Tak, awak bukan berseorangan. Malam tu saya nampak ada 2 orang lelaki berjalan dengan awak. Seorang sebelah kanan awak dan sorang lagi sebelah kiri awak. Kalaulah awak sorang2 malam tu, sudah pasti awak jadi mangsa saya..)

Wanita ni rasa amat terkejut bila dengar penjelasan perogol tu. Dia bersyukur ke hadrat Allah kerana memelihara dia malam itu, mungkin juga berkat ayat Kursi yang dia baca malam itu.

19 July 2010

wedding day

.:hye readers:.
ari nie entri aku simple jer...
aku nk share pic org kawen yg aku tangkap smlm...
nie majlis akad nikah ZUFFREY dan YUSNIETA...
majlis nie berlangsung kat Masjid Nurul Ehsan kat kpg Medan...
aku g ngan Atan Athen n Fairus...
nie la first try aku utk wedding...
ok ker x ok ntah la..
pa2 pon aku arap sume ok jer...
bye2..



pengantin lelaki bersama2 ibundanya...

pengantin perempuan..



berdoa tanda kesyukuran...

tok kadi menerangkan hukum2 berumah tangga...

budak comey nie anak buah kepada pasangan suami isteri tu..


seri pengganti


pemberian istimewa daripada suami..

menunjukkan taat..

ciuman pertama suami tercinta...

wang hantaran..


bersama2 ibu bapa pasangan..





18 July 2010

Alleycats - Sekuntum Mawar Merah Sebuah Puisi

Em                                C
   Sekuntum mawar merah sebuah puisi
               Bm         C
   Untuk gadis pilihan oh.. 
B7               Em
   Di bulan Februari
Em                                 C
   Mulanya cinta bersemi dan kehadiran
                   Bm    C
   Ribuan mimpi-mimpi oh 
B7               Em
   Di bulan Februari
Am                    Em   
   Kemesraanmu dan cintaku
Am                         G   
   Berlagu dalam irama nan syahdu
B7                         Em
   Tapi mengapa hanya sementara
         C           Am            B7    
   Cinta yang menyala padam tiba-tiba 
Em                                C
   Terkenang kembali lagu cinta lama
                        Bm
   Kisah mawar merah berduri
                C
   Menusuk di hati
B7              Em
   Haruskah ku ulangi
Am                            Em
   Apakah dosaku dan apakah salahku
Am                       G
   Sering gagal dalam bercinta
B7                          Em
   Mengapa cinta hanya sementara
       C           Am            B7
   Api yang menyala padam tiba-tiba  
Em                                C
   Terkenang kembali lagu cinta lama
                        Bm
   Kisah mawar merah berduri
                C
   Menusuk di hati
B7              Em
   Haruskah ku ulangi
Em                                C
   Sekuntum mawar merah sebuah puisi
B7               Em
   Di bulan Februari

17 July 2010

pengemis oh pengemis..

Seorang lelaki.. badan gemuk.. muka ceria.. berpakaian koperat.. berjalan keluar dari sebuah pejabat besar...

Di luar pejabatnya.. ada seorang pengemis.. agaknya sebaya dengan lelaki tadi..
badan kurus kering.. muka comot.. pakaian compang camping dan penuh debu...

Si pengemis terlihat si lelaki kaya tadi dan berkata..
"Tuan kasihani lah saya.. sedekahkan wang 10 ringgit.."

Si lelaki berhenti.. dilihatnya pengemis dan bertanya

Lelaki : "kalau saya bagi RM 10.. adakah kamu akan minum arak?"

Pengemis : "Oh tidak tuan.. saya tidak suka minuman keras"

Lelaki : "Habis tu.. adakah kamu mahu buat berjudi?"

Pengemis : "Tentu tidak tuan, saya tidak suka berjudi"

Lelaki : "Mungkin kamu akan bertukar2 perempuan?"

Pengemis : "Tidak, tidak. Seumur hidup saya.. tidak pernah saya main perempuan"

Lelaki kaya itu berfikir sementar lalu berkata lagi

Lelaki : "Begini ajalah.. kamu ikut saya balik.. saya kenalkan dengan isteri saya..
setelah itu saya akan kasi RM 10 pada kamu.."

pengemis : "Buat apa tuan?"

Lelaki : "Saya mau isteri saya lihat bagaimana kalau seorang lelaki tidak suka minum arak..
tidak suka berjudi.. dan tidak suka main perempuan.. hasilnya adalah seperti kamu ini"

enjoy da view..

.:hye readers:.
ari nie aku xde nk post entri lawak..
ari nie aku nk kongsi pic2 yg aku ambik..
aku nie budak bru blaja..
komen2 la ckit kat pic2 tu..
leh aku improvekn lg..
















16 July 2010

renung2kn la..

yg mane 1??

bayangkan...

korang berada dalam bilik yang sangat gelap gulita...

dalam bilik tu ada 3 benda yang korang tau tempatnya yang leh dinyalakan...
3 benda tu ialah:

lampu gas, berada 3 meter di kanan anda....

dapur kayu... 1 meter di kiri anda...

dan lilin, 7 meter di hadapan anda...

yang mana satu korang kena nyalakan dulu? diingatkan di sini, korang kena pilih satu jek!
sebab korang cuma ada sebatang mancis tau... jangan salah pilih ye....

so, yang mana satu?

ayam ngan lembu punya crita..

Ayam : Manusia ni memang pentingkan diri sendiri!

Lembu : Kenapa kau kata macam tu?

Ayam : Tengoklah. Apa mereka buat kat aku!

Lembu : Hah! Buat apa pulak?

Ayam : Aku ni bertelur hari-hari. Aku cadang naklah dapat anak dua tiga ekor.
Orang kata ada juga waris aku bila aku dah tak de nanti.Tapi
manusia ni memang tak berhati perut. Hari-hari dia orang makan telor
aku,macamana aku nak dapat anak?

Lembu : Alah! Kau punya masaalah kecil jek!

Ayam : ????? aper maksud kau?

Lembu : Aku ni, kalau fikirkan nasib aku lagi malang. Rasa nak bunuh diri
pun ada.Bayangkan, hari-hari manusia minum susu aku
tapi sorang pun tak pernah panggil aku MAK!

asam garam berumahtangga..

Perkara yg akn terjadi sebelum kahwin dan selepas kahwin

1. ANGKATKAN BEG

sebelum kawen: Come sayang, let me carry the bag 4 u. Kesian u...

selepas kawen: Beg u pun u malas nak bawa. Lain kali jangan bawa beg ah!


2. TERSUNGKUR BATU

sebelum kawen: 'Sayang, intan payung, you ok tak darling? Bodoh punye batu!'

selepas kawen: Jln betul2 la! Buta ke? Mata letak kat mana? Lutut? Batu tu macam besar pun tak nampak!


3. PAKAI SEXY

sebelum kawen: Lawanye u pakai baju ni. Seksi! Turn on I, macam nak gigit-gigit you sekarang jugak!

selepas kawen: 'Ni ape ni, tetek terjojol, nampak longkang! Dengan babat berlipat-lipat! Tak malu eh?'


4. MANJA DI PUBLIC

sebelum kawen: Manjanye syg i ni. Cium sikit sayang! Firm nye pipi you!

selepas kawen: Oi! Org tgk ah! Tunggu balik rumah bole tak? Tak malu eh orang tengok?!


5. KEMPUNAN

sebelum kawen: U nak makan burger ramly? Ok, besok i masuk JB belikan eh syg...


selepas kawen: Burger McDonald pun sama pe! Jgn cerewet ah! Makan je!

6. KECANTIKAN

sebelum kawen: Cantik nye you hari ni. Eye shadow you lawa la! Berseri-seri muka you!

selepas kawen: Ape ni make up mcm tepung gomak? Wayang pekji pun kalah tau! Bulan2 asyik beli make up je!


7. KEKAYAAN

sebelum kawen: U takde bnyk duit pun, i tetap syg u. Kekayaan tk menjanjikan kebahagiaan.

selepas kawen: Tu la, dulu tak nak blajar betul2. Skrg baru nak menyesal! Duit tong sampah bulan ni camne?

8. SEX

sebelum kawen: Kalau kita kawin, hari2 i nak main dgn u.


selepas kawen: Eh, i penat tau! Ingat i robot ke? Gatal!

9. KESABARAN

sebelum kawen: Sudahlah syg, jgn merajuk.. Sorry eh Sayang. Memang salah I. I ni matahir tak guna! Jangan merajuk lagi ye Sayang.. I minta maaf. Maafkan i eh?

selepas kawen: Salah you, you nak suruh I cakap Sorry! Banyak cantik muka you! Dah buat salah tak nak mengaku. Tau nak merajuk je. Awak punye pasal ah! Tak kuasa aku!


10. MASAKAN

sebelum kawen: Sedapnye u masak (walaupun tak sedap)

selepas kawen: Mak u tak ajar masak ke? Ni Nasi lemak ke nasi basi?


11. DUIT NO PROBLEM

sebelum kawen: Syg, kita mkn dekat restoran mahal tu eh? Mahal takpe lah, skali skala...

selepas kawen: Mak oi! Pe mahal! Da la! Mee grg mamak pak kassim lagi sedap. Tak mau ah!


12. LUV PEGI LUV BALIK

sebelum kawen: Bye syg, I luv u too.. Muaks! Miss u lah syg. (Padahal smlm baru jumpe)


selepas kawen: Ah, ok bye! Tak bole lah. Kawan i ade ni! Bye la bye la!


13. PENGORBANAN

sebelum kawen: Takpe Sayang, I tak kisah.. I sanggup buat apa saja untuk you. I fetch you later eh?

selepas kawen: You ni, takde kepala otak ke yang I ni penat baru balik kerja. Apa salahnya you balik sendiri. Manja sangat ah!


14. JUMPA LAMBAT

sebelum kawen: Takpe Sayang. Asalkan you selamat sampai


selepas kawen: Takpe la. Da biasa da!

15. BUANG ANGIN

sebelum kawen: You kentot eh sayang? Hehehehehe! Cute la you ni! *cubit-cubit*

selepas kawen: Oi, asal bole kentot je eh! *pukul-pukul badan*

15 July 2010

Tips utk lelaki jd setia.. (utk kaum adam jer)

Nak reject pompuan susah, takut nanti dia frust dan bunuh diri, jadi guna dialog ni

1) Semalam I check dengan doktor, dia kata I HIV positif...

2) Kat telinga I ni ada suara suruh I bunuh diri..

3) U nampak tak mamat tu... (padahal takda orang pun kat situ)

4) Adik beradik I ada 10 orang, semua belajar lagi, I kena sara diorang sebab parents I dah meninggal...

5) I dah keje kat 20 company, tapi paling lama tahan pun 2 bulan je...

6) Hari-hari along cari I, hutang dengan diorang dah mencecah 100 ribu...

7) Tiap2 hari I melancap, sehari sampai 10 kali....

8) Errr, sori, terpegang pulak....

9) Lupa nak bagi tau u, I ni duda anak 10

10) Ish, kalau nak kawin dengan U, I kena ceraikan bini I yang ke 4 tu, sian dia....

alahai nurse..

Seorang Nurse, Ratna menahan teksi. Sedang dalam perjalanan... Pemandu teksi iaitu Feddy asyik memerhati Nurse itu melalui cermin tengahnya..Merasa kehairanan... Nurse itu bertanya...

"Encik.. kenapa encik melihat saya begitu ??"

Feddy tersenyum malu dan berkata...
" Sebenarnya... saya selalu berfantasi....maaf ya... saya sangat ingin mencium seorang Nurse..."

"Oh begitu!! tak der masalah... encik boleh mencium saya.. kalau itu memang memberikan ketenangan buat encik... tapi saya ada syarat iaitu encik mesti masih single" kata Nurse...

Feddy gembira dan berkata...
"iya...iya, saya masih single".

Kemudian teksi itu diberhentikan di jalan sepi... Feddy terus mencium nurse itu selama 10 minit... kemudian mereka pun meneruskan perjalanan kembali.

Tapi feddy menangis teresak-esak sambil berkata...

"Maafkan saya cik... saya merasa bersalah... sebenarnya saya sudah berkahwin".

Mendengar penerangan itu Ratna tersenyum bijak dan berkata...

"Sudahlah encik... tidak ada apa-apa yang perlu di bimbangkan... Saya juga bersalah. Saya juga bukanlah seorang Nurse... saya adalah seorang Mak Nyah yang kebetulan dalam perjalanan menuju ke pesta pakaian beragam"

14 July 2010

maafkan aku..

.:dear readers:.
aku nk mtk maaf ngan korg nie... MySpace
dh hampir 2 mggu aku xpost pa2...

aku msh dlm mode keletihan...
mayb letih sb camping aritu kot... MySpace
mayb dlm 2 @ 3 ari lg aku kembali ngan post2 terbaru...
hahahaha.. MySpace
apa2 pon... maafkan aku k.. MySpace
bye2.. MySpace
Related Posts with Thumbnails