blogger sarawak

blogger sarawak logo

nama

layanzzz

16 October 2010

penyelesaian @ menambahkan masalah???

InsyaAllah saya akan berkongsi berkenaan isu gejala zina dan isu pembuangan bayi. Sebagai seseorang yang melihat daripada jauh dan hanya membacanya di dada akhabar menjadikan saya agak gerun dan sedih. Melihat keadaan masyarakat kini yang masih di dalam keadaan terumbang ambing dengan arus kehidupan yang makin mencabar. Saya yakin ada dalam kalangan kita yang sudah jemu apabila isu buang bayi ini sering kali dipaparkan di media massa.

Bilangan kes yang berlaku semakin meningkat dan kebanyakkannya melibatkan remaja-remaja di bawah umur. Kadangkala saya terfikir, mungkin bilangan kes yang dinyatakan itu sebenarnya tidak menggambarkan bilangan sebenar. Mungkin sahaja bilangannya adalah lebih tinggi. Jika benar, maka sebenarnya masyarakat kita semakin parah.

Andai kita melihat kemalangan jalan raya berlaku di hadapan mata kita, tentu kita terfikir, apalah nasib orang yang cedera parah itu. Ada dua sahaja kemungkinannya. Sama ada hidup dan mati. Dua pilihan ini yang kita nampak. Tapi bagaimana jika rohani manusia itu rosak? Bolehkah kita samakan bahawa individu ini akan terus hidup atau pilihannya mati sahaja?

Berurusan dengan manusia memerlukan sentuhan rohani. Saya sendiri pernah melawat tempat perlindungan remaja muslimat yang sudah terlanjur dan sedang menunggu masa untuk melahirkan bayi. Saya lihat wajah keanak-anakkan pada mereka. Mereka masih terlalu muda untuk merasai fitrah menjadi seorang ibu. Di kala kawan-kawan yang lain sibuk belajar, mereka sedang bersedia untuk melahirkan anak. Kasihan. Itu yang mampu saya katakan. Mungkin mereka tidak merasakan apa yang saya rasa. Saya sedih memikirkan punca kejadian seumpanya.

Bila ada pihak yang mencadangkan agar remaja yang terlanjur ini dikahwinkan, saya hanya menggelengkan kepala. Penyelesaian kepada "presenting problem" mungkin tidak akan menyelesaikan "root cause". Seakannya membelikan barang mainan kepada anak yang menangis di pasar malam hanya menjadikan mereka lebih suka menggunakan "trick" tersebut untuk mencapai keiginan mereka pada masa akan datang.


" Kahwin memang penyelesaian yang mudah. Namun, adakah remaja ini bersedia dengan tanggungjawab yang bakal dipikul sesudah kelahiran bayi mereka nanti? "

Persoalan kedua ;

" Andai tidak dikahwinkan, adakah si lelaki akan bertanggungjawab kepada bayi yang dikandung pasangan mereka? "

Persoalan ketiga ;

" Adakah pembinaan rumah perlindungan memberikan kebaikan melebihi keburukan dengan memberi "ruang" untuk terus-terusan melakukan kesalahan? "

" Adakah penyesalan yang dituntut selepas tinggal di rumah perlindungan ini benar-benar terzahir dari sudut perbuatan? "

" Adakah remaja-remaja ini benar-benar berubah? "


Saya bukanlah orang yang layak menilai perbuatan orang lain. Saya sedar khilaf saya sebagai manusia biasa yang tidak terlepas dari melakukan kesilapan. Namun, sewajarnya setiap pendekatan yang diambil terarah kepada penyelesaian masalah pokok. Ya, keimanan kepada Allah. Jika dilihat remaja kini, bagaimana mereka? adakah mencukupi ilmu aqidah yang diajar selama ini. Bukan niat saya untuk menyalahkan guru agama, jauh sekali tidak menghargai usaha mereka yang bersungguh -sungguh memahamkan pelajar tentang konsep ketuhanan. Namun, perkara ini perlu diletakkan sebagai perkara utama.

Keteguhan iman kepada Allah membendung manusia dari terhanyut dalam keseronokan dunia. Saya sedar bukan sedikit dugaan dan godaan dunia luar. Namun, saya percaya keimanan yang mantap dan yakin bahawa setiap tindakan kita akan dinilai itulah yang mampu membimbing kita melawan arus kemusnahan hidup. Jika semasa kecil kita sering diingatkan ;

" Jangan buat tu...nanti Allah marah "

"Kenapa apabila sudah dewasa perkara tersebut tidak lagi dipercayai dan diimani? Pelik bukan?"


Menjadi tanggungjawab kita sebagai ahli masyarakat untuk mendalami masalah ini. Mungkin kes ini tidak melibatkan ahli keluarga kita. Namun tidak mustahil Allah akan menguji kita suatu hari nanti. Pendapat peribadi saya lebih cenderung untuk menilai kembali sistem kekeluargaan di Malaysia. Bagaimana ibu bapa memainkan peranan untuk mendekati dan memahami anak-anak mereka. Begitu juga dengan tanggungjawab anak-anak terhadap ibu bapa. Betapa banyak kes anak-anak menghantar ibu bapa ke pusat penjagaan orang tua. Semua isu ini sering berkait. Kita menjadi sebahagian daripadanya.

Sebagai generasi muda yang akan membina keluarga sendiri nanti. Kita juga akan mempunyai anak dan kita akan diuji dengan pelbagai dugaan. Bagaimana kita akan bertindak ketika itu? fikir-fikirkanlah. Jawapannya terletak kepada kebersediaan kita kini untuk melahirkan generasi Islam yang cemerlang bukan setakat di dunia tetapi turut cemerlang di akhirat.

" Apa acuannya? Tentulah syariatullah dan sunnah Nabi SAW. "

" Senang diungkap namun, bersediakah kita? "

2 comments:

naOko AsKikaGa said...

so?? u rase penyelesaian nya kena kahwin ke x?? or sebenarnya family itu sendiri memainkan peranan mencorak hidup anak2 mereka? hmm..

aKu dEdEkDiNHo said...

tepuk dada tnyer iman...

Related Posts with Thumbnails