blogger sarawak

blogger sarawak logo

nama

layanzzz

17 August 2010

melepas...

Dalam keheningam malam penuh syahdu, a ramli masuk kekamar kerana mengantuk.(kemungkinan ada juga rasa yg lain - paham2 je lah.. pengantin baru! ) Dilihat isterinya sudah berselimut dari hujung rambut ke hujung kaki. "Malu agaknya. Maklumlah malam pertama..." bisik hati a ramli. Dimatikanya lampu dan ia pun berbaring di katil.

Dicelah2 suara kodok menyeru pasanganya, terdengar suara isteri berbisik, penuh romantis, "Buah papaya dah masak ranum, bila tupai nak datang merasa ?" "Dah, apa citer ni ?" tanya ramli dlm hati. Separuh malam dia terbaring berfikir. "Oh, agaknya isteri ku teringat kampung halaman..
Sian.. sampai mengigau ? Takpelah, biarlah dia tidur" bisik hatinya penuh understanding. mlm ke2 adengan yg sama cuma dialognya agak berbeza. bisik isteri "Sawah bendang dah siap dibajak, bila pak tani nak turun menyemai?" "kesianya bini aku.. masih ngigau lagi.. aku mesti cari penawar !" ramli bertekad.

Esok harinya, ramli bercerita pada ayah yg kebetulan datang untuk bertanya khabar `pengantin baru' "Lah.." keluh ayah a ramli, "aku antar belajar sampai Uni, benda cam ni pun kau tak paham?" Ayahnya pun mula bercerita perihal adam & hawa, laila & majnun, romeo & juliet...(yg relevan untuk pegantin baru je!) Sepatah cakap orang putih "about the birds & the bees". "oh. cam tu." sengih a ramli, "baru saya paham. Taulah apa nak buat malam ni!"

Malam yg sangat ditunggu2 a ramli pun tiba...adengan sama dikamar tidur. cuma kali ini isterinya membisu seribu bahasa. "lah.. nape pulak senyap. takkan dia give up" tertanya2 si ramli. Setelah sekian lama tanpa suara dari isteri, ramli pun berkata, "Dah lapar betul rasanya perut, boleh tupai datang merasa?" Malam dingin semakin sunyi.. tak jawab pun... "Kain pelikat dak disinsing rapi, boleh pak tani turun menyemai ?" pun..masih takde jawaban...a ramli mencuba lagi. "Juruterbang dah siap sedia... boleh pesawat turun mendarat ?" Sayu sekali jawaban si isteri dari bawah selimut, "Maaf tuan... Landasanya baru saje banjir...!

No comments:

Related Posts with Thumbnails