blogger sarawak

blogger sarawak logo

nama

layanzzz

14 August 2010

Ribut di Bazzar Ramadan (Jasin)

AL- FATIHAH






Tiga maut ribut di bazar jualan Jasin

JASIN: Tiga terbunuh manakala 18 cedera apabila khemah bazar Ramadan di perkarangan Stadium Jasin, di sini, roboh dan diterbangkan ribut, kira-kira jam 4.40 petang semalam. Ketua Polis Daerah, Deputi Superintendan Che Suza Che Hitam berkata, tiga yang maut ialah peniaga cendol, Abdul Omar, 70, dari Batu 16, Kampung Ayer Merbau, peniaga kuih, Mahadi Mohamad, 40, kelahiran Jerteh, Terengganu yang kini menetap di Batu 15 Ayer Merbau dan seorang pengunjung, Muhammad Wahab, 49, dari Kampung Rim, di sini. Beliau berkata, Abdul meninggal di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala, dipercayai dihempap palang besi khemah yang diterbangkan ribut, Mahadi meninggal di Hospital Jasin, manakala Muhammad yang juga cedera di kepala meninggal di Hospital Melaka kira-kira jam 7 petang.

Seorang daripada 18 yang cedera Zaini Rasap dihantar ke Hospital Putra di bandar raya dan selebihnya mendapat rawatan di Hospital Jasin.

Mangsa lain yang cedera yang kebanyakannya peniaga ialah Azaraie Adzahar; Rosidah Rasul; Norazli Mohd Zaid; Muhammad Amir Limat; Norizin Othman; Norizlin Othman; Nurazidah Md Aleh; Hakiki Shahrul, Norashikin Idris; Gool Muhammad Ab Latip, Jamal Hisham Yahaya; Farah Alwani Othman; Mohd Norizan Mohd Amin; Mohd Shahrul Shaharudin; Norfara Damia, Norhaizan Hussein dan Noraizam Abu Bakar.

Tiga daripada yang cedera Nurazidah dan Norhaizan dimasukkan ke wad pemerhatian, manakala Norashikin yang mengandung dimasukkan ke wad bersalin dan selebihnya dirawat sebagai pesakit luar.

2 comments:

tHeEvILvIRyUsz said...

Cian gler kt diorng sume..takziah..nsib aq da xdok sne...klu thun lpas..hri2 aq g bzar kt c2....sume ni dugaan...

aKu dEdEkDiNHo said...

ye la.. takziah d ucapkn..
semoga mereka tabah..

Related Posts with Thumbnails