blogger sarawak

blogger sarawak logo

nama

layanzzz

07 August 2010

setan ada di mana2...

Sampaikan kepada sekalian muslimin/muslimat yang lain semoga menjadi pedoman hidup hingga ke akhir hayat ,Insya'Allah. Umar al-Khattab r. a berkata, terdapat 9 jenis anak syaitan :


1. ZALITUUN

Duduk di pasar/kedai supaya manusia hilang sifat jimat cermat. Menggoda supaya manusia berbelanja lebih dan membeli barang-barang yang tidak perlu.

2. WATHIIN

Pergi kepada orang yang mendapat musibah supaya bersangka buruk terhadap Allah.

3. A'AWAN

Menghasut sultan/raja/pemerintah supaya tidak mendekati rakyat. Seronok dengan kedudukan/kekayaan hingga terabai kebajikan rakyat dan tidak mahu mendengar nasihat para ulama.

4. HAFFAF

Berkawan baik dengan kaki botol. Suka menghampiri orang yang berada di tempat-tempat maksiat (cth : disko, kelab mlm & tempat yg ada minuman keras).

5. MURRAH

Merosakkan dan melalaikan ahli dan orang yg sukakan muzik sehingga lupa kepada Allah. Mereka ini tenggelam dalam keseronokan dan glamour etc.

6. MASUUD

Duduk di bibir mulut manusia supaya melahirkan fitnah, gosip, umpatan dan apa sahaja penyakit yg mula dari kata-kata mulut.

7. DAASIM(BERILAH SALAM SEBELUM MASUK KE RUMAH...)

Duduk di pintu rumah kita. Jika tidak memberi salam ketika masuk ke rumah,Daasim akan bertindak agar berlaku keruntuhan rumahtangga (suami isteri bercerai-berai, suami bertindak ganas, memukul isteri, isteri hilang pertimbangan menuntut cerai, anak-anak didera dan pelbagai bentuk kemusnahan rumah tangga lagi).

8. WALAHAAN

Menimbulkan rasa was-was dalam diri manusia khususnya ketika berwuduk dan solat dan menjejaskan ibadat-ibadat kita yg lain.

9. LAKHUUS

Merupakan sahabat orang Majusi yang menyembah api/matahari. Dan yang akhir-akhir ni yang paling teruk! (SCROLL DI BAWAH)..

















10. ISETAN

Sebuah pasaraya yg terkemuka di seluruh duniawi. Terdapat di sekitar Lembah Klang, Singapore, Beijing &..... Kebaikan : Memberi potongan harga pada Karnival jualan. Keburukan : Melalaikan manusia bershopping sehingga lupa waktu sembahyang dan lupe yg lakinya dah tunggu kat kereta. Pesanan : Shopping tu agak2 sikit, jangan sampai berlebih2an pulak.Membazir itulah sebenarnya amalan Syaitan.

11. HINDUSETAN

Nie mereka2 yg menonton criter hindustan, sampai masuk waktu sembahyang,maseh menyonggol depan tv.....kapala keluar tanduk, tak sedar.......jadi lah hindusetan !!!

12. SANTAN

Yang ini aje nampaknya.... berguna sedikit untuk masak kari dan masak lemak cuma kalu lebih dapat penyakit....


SO PIKIR-PIKIRKANLAH YE

No comments:

Related Posts with Thumbnails